1942 - Di Ternopil, Ukraine barat, pada 4.30 pagi, pihak SSJerman menjalankan pengusiran Yahudi pertama dari ghetto Ternopil ke kem maut di Belzec, melibatkan seramai 5,000 orang Yahudi. Ketika Jerman menawan Ternopil, bandar tersebut diduduki kira-kira 18,000 orang Yahudi.
1948 - Pelakon Robert Mitchum ditahan dalam serbuan dadah di Hollywood. Tidak lama kemudian dia didapati bersalah atas konspirasi jenayah memiliki ganja lalu dihukum penjara selama 60 hari.
2006 - Hasil seni lukis The Scream karya Edvard Munch yang dicuri pada 22 Ogos 2004, dijumpai semula dalam satu serbuan oleh polis Norway. Lukisan terbabit dikatakan lebih baik keadaannya berbanding dahulu.
2007 - Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.